Khamis, 4 Februari 2016

Penyakit Rindu

Aku memang gila
Apabila ku cuba mengenal hati mu
Walau diri mu kini tiada di mata
Mengapai memintal dan mendakap rindu mu
Tapi gurauan kasar dari mu tetap ku rasa

Aku memang sasau
Sehingga setiap hari aku meracau
Melantunkan nama mu di dalam aksara
Tetapi tiada apabila berbicara
Cuma mengores pena mu di dalam doa

Aku memang berkhayal
Melukis wajah mu terpahat di hati
Mengemakan gelombang suara di qalbu
Menjalani kehidupan tanpa berdiri
Lantas berjalan bertongkatkan rindu

Aku memang berharap
Tali persahabatan kita kembali utuh
Apabila keakraban kita semakin rapuh
Dilanda pelbagai onak yang berliku
Meletakkan wajah mu selalu bersama ku

Nukilan : Kmos aka Fakhrul Adam

#SeindahSabarMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan