Selasa, 19 Januari 2016

Harapan Cinta

Kiniku meronta diatas kesakitan luka
Namun rontaan ku diabar oleh rindu di hati
Tiada siapa yang mengerti ribut yang ku rasa
Yang selalu membuat diri ini ingin mati

Kau selalu menanam selumbar harapan padaKu
Membuat aku merana pada setiap waktu
Aku sedar diriku tidak cukup kafi dikaca hati
Biar jodoh penentu dari Ilahi

Aku cuba berlari dari kanjus kenangan
Kenangan yang selalu membuat aku buntu
Apabila melalui duri di persimpangan jalan
Mengais kasih daripada insan itu

Aku ibarat ikan yang kehilangan sirip
Apabila dilanda oleh ombak kerinduan
Aku ibarat merpati yang kehilangan sayap
Apabila terimbas kisah yang tidak kesampaian

Kini tiada lagi duka dalam bicara
Bahasa dalam berkata
Kerna semua itu telah ku alpa
Apabila kau membuat aku amarah

Ya Allah
Semoga ikatan kami bersatu semula
Melayar tali persahabatan yang semakin rapuh
Engkau sahaja penguat jiwa
Menyatukan hati supaya utuh.

 Nukilan : KmOs

#SeindahSabarMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan