Sabtu, 9 Januari 2016

Pilihan Hati

Andai diberi peluang untuk bersamaMu
Atau terus melupakan diriMu
Aku memilih untuk terus melupakanMu
Kerna ku takut jika kehilanganMu
Lemahnya diriKu
Kerna ku tak mampu hidup
Dengan terus teringat kenangan bersamaMu..

Setiap saat dan waktu
Aku selalu terngiang mendengar suaraMu..
Kelakar dan lucu dari mulutMu..
Membuat ukiran alur di mulutKu..
Aku tak mampu meneruskan semua itu..
Takut
Jika kau terus pergi dari kehidupanKu..
Luka di hatiku Cuma diubat rindu..

Semakin hari semakin ku rindu..
Dengan haruman wangi dariMu
Semakin hari semakin kau menjauh..
Dengan membiarkanKu dalam lorong gelap hidupKu
Dan
Semakin hari semakin aku teringatkanMu..
Dengan senyuman yang selalu terukir dibibirMu
Berpisah denganMu bukan keinginan buatKu..
Tapi..
Aku harus menerima setiap takdir itu..
Walau perit ku cuma Allah yang tahu

Kini
Aku terpaksa terima
Bahawa aku tidak layak melukis wajahMu dalam hatiKu
Aku sedar..
Tiada lagi butir air mata dariMu..
Tiada lagi kisah masalah dariMu..
Dan tiada lagi aku bersama disampingMu..
Biarkan aku pergi..
Walau hatiMu tak tahu apa yang ku lalui..

Maafkan aku
Kerna terpaksa membuat kau marah terhadapKu..
Itu sahaja cara untuk aku jauh darimu
Jauh dan terus melupakanMu..
Hanya
Doa mampu ku panjatkan buatMu..
Sebagai penghubung abadi kau dan aku.

Ya Allah
Sungguh aku rindu semua kenangan itu..
Sungguh aku ingin tetap terus bersamaNya..
Tapi permintaan ku amat keterlaluan buatMu ya Allah..
Maka..
Ku harap kau mampu membuat aku lupa pada diriNya..

Nukilan : KmOs

#SeindahSabarMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan