Rindu
Setiap hari aku membungkus sifat cintaMu
Setiap tika dan saat waktu aku menyorokkan sifat kecewaMu
Aku bersorak canda tawa riang gembira
Bagi menutup segala keaibanMu
Mengapa kau perlu begini wahai rindu?
Mengapa kau perlu menjalar mencengkam hatiku?
Mengapa kau perlu melukakan dan terus mencederakan batinku?
Adakah aku yang bersalah?
Menunggu insan yang tidak menghargaiMu
Lidahku sudah cuba berbicara denganNya
Tanganku sudah bergerak untuk menegurNya
Telingaku sudah mendengar segala rintihanNya
Dan
Hatiku sudah mula menunggu jawapan dariNya
Hatta
Qalbuku masih menunggu hati nuraniNya
Gerimis hujan sudah mula bertakung di celah mataKu
Hatiku selalu bertanya
Mengapa sifat menghargai tiada pada diriMu
Adakah aku terlalu menggangguMu
Mengapa?mengapa?dan mengapa?
Rindu
Maafkan diriku
Kerana cuba menaruh harapan pada diriNya
Sungguh
Allah sahaja yang tahu akan semua perasaanKu
Sesungguhnya engkau mengerti segala rintihanKu
Sabar menjadi peneman hidupKu
Dan
Harapan menjadi mimpiKu
Rindu semoga engkau kekal abadi di sana.
Nukilan : KmOs
#SeindahSabarMu








Tiada ulasan:
Catat Ulasan