Ahad, 20 Disember 2015

Sinar Harapan DariKu

Sudah lama ku menunggu saat ini
Untuk meluahkan semua perasaan yang terbungkus di hati
Perasaan yang dulu mekar  tapi sekarang kucup dan terus mati
Dulu kita pernah bercinta
Tapi jodoh dan ketentuan menghalang kita
Dan terus membawa kita ke lembah yang berbeza

Aku meneruskan kehidupan
Dengan berjinak dalam percintaan
Tapi semua itu berlaku cuma sementara
Apabila ku teringat kisah lama
Kini tibanya masa aku
Untuk berterus terang pada diriMu
Apa yang terbuku di qalbu

Awak,
Adakah awak ingat kenangan kita bersama?
Coklat,anak patung yang dulu awak berikan
Awak ingat baju yang awak berikan dulu pun masih saya simpan
Semua barang kenangan itu ada bersama
Tapi kenapa hati awak terhadap saya telah tiada?

Kini kenangan itu telah berlalu
Bagai disirna oleh ombak airmata yang biru
Pergi meninggalkan masa dan waktu
Tapi yang masih bersatu
Cuma harapan yang teguh
Iaitu kembali ke pangkuanKu

Saya  memang tak pandai meluah dan berkata
Cuma mampu menulis dan awak membaca
Moga hati awak terbuka
Menerima diriku yang lama
Moga Allah mampu menentukan kita semula

Nukilan : KmOs
#SeindahSabarMu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan