Selasa, 22 Disember 2015

Kehilangan

Pelangi kasihKu
Di persimpangan jalan cintaKu
Ku terpaksa meninggalkanMu
Di celah masa hidupKu
Ku iringi pemergianMu
Diiringi air mata persembahan terakhir dariKu
Wahai pelangiKu

Pelangi kasihKu
Ku ingin kau tahu
Bahawa setiap saat dan waktu ku teringatMu
Bagaimana kesungguhan dan kepayahan untuk mendapatMu
Bukan mudah untuk diriKu
Insan kerdil terpaksa melalui jalan yang penuh liku

Tapi
Semuanya berbaloi bagiKu
Apabila Ku dapat mengenal dan menculik hatiMu
Bahagianya diriKu Cuma pencipta yang tahu
Ku terus mengukir kenangan bersamaMu
Kenangan yang mampu menguatkan hatiKu saatKu jatuh tersungkur
Menghadapi ujian hidupKu
Ya Allah bersyukur aku mengenali diriMu
Bersyukur juga atas nikmat itu

Kau begitu memikat dengan kata-kataMu
Kau begitu bersabar dengan sikapKu
Kau begitu pemaaf diatas kesalahanKu
Tapi mengapa? Kau meninggalkanKu
Manusia memang cepat berubah bagiKu

Kini
Butir cinta airmata ku mengalir
Membasuh luka-luka dihatiKu
Apabila Ku dibuai dalam cinta dan rasa
Kau merentap dengan keegoan dan kebencian
Kenapa kau berubah begitu cepat?
Adakah salah diriku?
Maaf diatas segala khilafKu

Pergilah kau membawa diriMu
Biar
Sakit yang Ku rasa jadi pengubatKu
Ku tak mahu mencipta kenangan bersamaMu
Kenapa?
Takut hatiKu mati tanpaMu

Nukilan : KmOs


#SeindahSabarMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan